Wednesday, August 26, 2009

BAGAIMANA ROYAL JELLY TERHASIL

BAGAIMANA ROYAL JELLY TERHASIL

1. Apa itu ROYAL JELLY?

Royal Jelly ialah makanan khas hanya untuk Ratu Lebah, dihasilkan oleh lebah itu sendiri.
Ianya dimakan sepanjang hayat Ratu Lebah tersebut.

2. DARI MANA ASALNYA ROYAL JELLY ?

Royal Jelly asalnya dari manisan bunga yang dikutip oleh lebah, pada peringkat pertama (diproses oleh lebah itu sendiri) terhasillah MADU.

Pada peringkat kedua - Ia diproses (oleh lebah itu sendiri) maka dari situlah terhasilnya Royal Jelly.

Royal Jelly segar (cecair) hanya mampu bertahan selama 3 hari, selepas itu kebanyakan dari zat & vitamin akan teroksida dan termusnah. Sebab itu RJ itu disejukbekukan (Lyophilized) agar segala zat & vitaminnya terpelihara.

3. BAGAIMANA LEBAH MENGHASILKAN ROYAL JELLY?

--* RIWAYAT/ SUSUNAN KOLONI LEBAH *--

Lebah satu-satunya jenis serangga yang menghasilkan makanan mereka sendiri.
Satu koloni [sarang] mengandungi 30-50 ribu ekor lebah. yang terdiri daripada 4 golongan;

1. Ratu Lebah
2. Larva (anak lebah)
3. Lebah jantan bertugas sebagai - penjaga sarang / kerja-kerja pembersihan
dan lain-lain. Lebah jantan tidak mencari madu.
4. Lebah betina - bertugas sebagai lebah pekerja / askar lebah.
Lebah betina keluar mencari madu untuk dijadikan makanan.
Lebah membahagikan tugas-tugas khas sesama mereka sendiri
mencari manisan - (terhasilnya MADU), mencari air, mengutip nektar pokok
(terhasilnya PROPOLIS), mengutip debunga (terhasilnya BEE POLLEN)
mengutip lilin – (terhasilya LILIN LEBAH)
Selain membina sarang, lebah betina juga menjadi askar
(menjaga sarang dari dicerobohi oleh musuh).

BAGAIMANA RATU LEBAH DIHASILKAN

Ratu tinggal di dalam sarang yang dibuat khas untuknya. Sebagaimana manusia, raja tinggal di istana.

Ratu lebah tidak dilahirkan tetapi diCIPTA. Ratu dan lebah biasa (masyarakat) lahir dari telur yang serupa.

Makanan ratu ialah ROYAL JELLY (sebab itu ia digelar Jeli Raja). HANYA RATU DAN ANAK LEBAH (larva) yang berusia 3 hari memakan Royal Jelly. Selepas 3 hari larva akan hanya diberi madu.

Hanya Larva yang terpilih yang akan djadikan ratu, ia akan tinggal dalam sarang khas yang dipanggil petak ratu. Ia akan diberi makan Royal Jelly di sepanjang hayatnya.

Apabila tiba musim mengawan, seperti sebuah pertandingan diadakan. Lebah-lebah jantan akan terbang (bersaingan) dengan Ratu dan yang dapat melebihi Ratu. Akan dikira menang, lebah jantan ini akan berkahwin dengan Ratu dan akan mati.

Ratu bertelur antara 2-3 ribu biji SEHARI. Telur-telur ini 2 KALI GANDA LEBIH BERAT DARI BADAN RATU.

Ratu tidak lahir dengan sendiri tetapi atas beberapa faktor
1. Masyarakat lebah tidak ada ratu.
2. Apabila masyarakat lebah ini berpindah atau berpecah, untuk membentuk satu kumpulan baru.
3. Apabila ratu yang ada telah tua atau perlu diganti baru.

CARA LEBAH MENGHASILKAN ROYAL JELLY ?

Apabila lebah mengutip manisan / debunga, sebahagian dimakan untuk diri sendiri, sebahagian yang lain disimpan di dalam kantung madu (dalam abdomen lebah) dibawa pulang ke sarang (yang ini dipanggil madu) untuk makanan larva / lebah-lebah yang lain.

Manisan debungan yang dimakan lebah itu tadi (yang sebahagian telah dikeluarkan ketika lebah kembali ke sarang. Hasil ini dipanggil MADU) manakala SEBAHAGIAN LAGI MELALUI PERINGKAT KEDUA PEMPROSESAN - masuk kedalam perut diserap ke dalam sistem penghadaman lebah lalu dibawa ke kelenjar FARINGEAL dan seterusnya dikeluarkan semula - maka terhasillah satu cecair merupai seakan-akan susu (putih kekuningan) agak sedikit masam (berbeza madu yang manis) mengandungi pelbagai khasiat dan panawar ke atas banyak penyakit-penyakit manusia. YANG INILAH DIPANGGIL ROYAL JELLY.

*Sesuai dengan surah An-Nahli ayat 68-69.

Read more...

KEBAIKAN ROYAL JELLY ?

KEBAIKAN ROYAL JELLY ?

Lihatlah kehebatan Ratu Lebah

1. Saiz badan yang lebih besar dua kali ganda dari lebah biasa. Ini membuktikan bahawa dengan pemakanan yang baik dan berzat (royal Jelly) Ratu lebah menjadi lebih hebat dari segi saiz dan keupayaan.

2. Jangka hayat yang lama 30-40 kali [6–8 tahun] lebah biasa antara 48-70 hari - dengan segala zat /vitamin / mineral yang perlu, tubuh badan menjadi lebih kuat dan ini membolehkan keupayaan fungsi tubuh digunakan dalam jangka masa yang lama.

3. Sangat subur – bertelur 2-3 ribu biji setiap hari dan ratu BERTELUR SEPANJANG HAYATNYA. – sebab itu jika seseorang mengalami masalah infertility sangat sesuai mengamalkan Royal Jelly.

4. Tidak pernah sakit – tentu sahaja tubuh akan kuat dan mampu menentang jangkitan jika segala zat yang diperlukan tubuh telah dibekalkan dengan cukup dan berkualiti. Maka sel-sel tubuh yang terhasil adalah sihat dan sangat baik kualitinya, menjadikan badan sentiasa dalam keadaan bersedia memberi pelalian jika ada sebarang jangkitan.

Royal Jelly boleh meringankan, memperbaiki atau menyembuhkan hampir ke semua jenis penyakit antaranya:

Ketidakhadaman, Kurang Selera Makan, Penyakit Kurang Zat Makanan, Sakit Kepala, Sakit Tulang Belakang, Selsema, Anaemia (Penyakit Kurang Darah), Cepat Letih, Imsomnia (Masaalah Tidak Boleh Tidur), Jerawat, Muntah-muntah Ketika Hamil, Kesakitan Ketika Datang Haid, Keluaran Cairan Putih Dari Faraj, Penyakit Lelah, Bronchitis (Sakit Pembuluh Nafas), Arthitis (Sengal Sendi), Rheumatism. Penyakit Hati (Liver), Hepatitis B, Jaundice (Penyakit Muka Dan Badan Menjadi Kuning), Penyakit Parkinson.

Penyakit-penyakit kulit seperti Psoriasis, Dermatitis, Pellagra, Eczema, Sakit Tali Perut (Gastris), Luka Dalam Perut (Ulser), Gastritis.

Penyakit Gugup, Lemah semangat, penyakit jantung, penebalan saluran darah (atherosclerosis).

JUGA BOLEH MENGAWAL Penyakit barah, kencing manis, gangguan urat saraf, allergi, buasir, varicose veins (urat darah bengkak).

JUGA BOLEH MENGURANGKAN Kolesterol, paras gula dalam darah, tekanan darah tinggi.

ROYAL JELLY JUGA Menambahkan kekuatan badan & meningkatkan daya pemikiran, Meningkatkan kemampuan seks, Mempercepatkan penyembuhan, Memperlahankan proses penuaan, melanjutkan usia, Bertindak sebagai antibiotik.

Royal Jelly merupakan satu pemakanan yang lengkap, terdapat hampir 100 jenis unsur yang menyebabkan ia begitu menakjubkan.

ASETIKOLIN (acetyl cho line) => sejenis bahan yang memperkuatkan hati dan pundi hempedu. Hanya terdapat dalam 2 sumber di dunia – royal jelly dan otak manusia. SANGAT PENTING untuk memelihara sel-sel otak. Melambatkan proses kematian sel–sel otak dan menjaga motor / saraf utama tubuh. AMAT BAIK UNTUK PENINGKATAN IQ.

VITAMIN A
mencegah selsema – mengelakkan mandul – resdung – paru-paru berair – pekak – rabun malam dan lain-lain lagi.

VITAMIN B1
paling banyak – berkesan merawat keletihan, mengantuk, kejang otot, sukar tidur dan masalah saraf.

VITAMIN B2
baik untuk pembentukan kulit, mengelak kudis, penyakit gusi, kornea menjadi kabur.

VITAMIN B3
membantu tindak balas karbohidrat dalam membina hormon juga untuk mengelak penyakit jantung dan penyakit otak, mengelak cirit-birit dan ganguan fikiran.

VITAMIN B5
membantu membentuk imuniti system / menguatkan untuk mengubati alahan. Mengurangkan ketegangan, mengelak uban.

VITAMIN B6
membantu tindak balas kimia dalam tubuh, penting untuk otak berfungsi dengan baik, membina sel darah, mengurangkan penyakit segal sendi, sakit kepala, mengawal rasa loya, mengurangkan gugup, mengawal gigi, menurunkan kolestrol dalam darah dan menjana system
saraf yang baik.

VITAMIN B12
pembentukan darah merah, membina ginetik dan berfungsi untuk perjalanan system saraf.

VITAMIN C
mengekalkan tindak balas kapilari, menjaga kekuatan tulang/gigi, mengawal vitamin lain dari proses pengoksidan. Untuk kulit yang sihat/cepat menyembuhkan luka. Menyembuhkan demam dan selsema, mengawal kolestrol dalam darah, mengelak serangan jantung dan mengelak penyakit mulut + gusi.

VITAMIN D
untuk menguatkan tulang dan gigi serta penyerapan kalsium dan phosphorous. Mengawal penyakit sengal sendi.

VITAMIN E
(Tokosferol) bertindak sebagai anti oksidan. Baik untuk sistem saraf, organ penafasan atau kekenduran pada kulit. Mengawal tisu dan pembentukan sel darah merah. Mengelakan sakit jantung, barah, darah tinggi, dan penyakit sengal sendi. Paling penting untuk membantu dalam proses sistem pembiakan (meningkatkan kualiti air mani lelaki/telur perempuan) paling penting untuk orang mandul. (Infertility)

KARBOHIDRAT
gula dan lemak (memberi tenaga).

COLLAGEN
bahan yang membantu mengekalkan keanjalan tisu-tisu otot. Baik untuk wanita selepas bersalin (membantu merawat/ memulihkan luka-luka dalam)

PROTEIN
kesemua jenis asid amino yang diperlukan oleh badan lebih kurang 30 jenis. 2/3 diantaranya adalah – ALBUMIN, manakala 0 1/3 adalah GLOBULIN – PROTIEN YANG SAMA TERDAPAT DALAM DARAH MANUSIA.

diantara jenis asid amino ialah methionine (menguatkan hati), glutamic asid (memberi tenaga kepada otak), asid amino Y (gamma) – merangsang cerebral (otak) amat berkesan untuk merawat penyakit urat saraf, epilipsi, nerveouse breakdown – kegelisahan / resah.

AGINENI
bahan yang bertindak menghapuskan lemak pada Badan dan menghalang pertumbuhan lemak baru.

HORMON

INSULIN
hormon yang dirembeskan oleh pancreas amat berfaedah untuk mengawal paras gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis) PAROTIN – hormon yang memperlahankan proses penuan (awet muda) CORTIN – hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar yang suprarenal –
kelenjar yang terletak diatas buah pinggang (meningkatkan / memperbaiki kualiti / kuantiti /air mani / telur) tahap kesuburan seksual ADRENALINE – hormon yang membantu mengawal perasaan / emosi.

10 HD A
(hidroksi desenolic asid) sejenis lemak penting berfungsi merencat atau membantutkan pertumbuhan barah. Hanya royal jelly yang mengandungi bahan istimewa ini dalam makanan.

GAMA GLOBIN
sejenis bahan yang membantu badan menghalang / menentang penyakit.

MINERAL
11 jenis kesemuanya diantaranya ialah kalsium, magnesium, zink, kalium, iron, mangan, kobalt, kuprum dan lain-lain lagi.

ENZIM
Enzim membantu memecahkan protein yang tidak hadam, sisa-sisa sel & bahan-bahan toksid dalam badan.
Antaranya :
AMILASE – memecah karbohidrat kepada gula ringkas.
PROTEASE & BROOMELAIN – memecah protien kepada Asid Amino
LIPASE – Memecah lemak kepada Asid dan banyak lagi.

3% faktor "R" – bahan-bahan yang masih belum dikenalpasti oleh para saintis sehingga kini.

PERINGATAN :

Royel Jelly tidak boleh dihasilkan semula di dalam makmal oleh manusia. Ia adalah hasil semulajadi yang diproses oleh lebah sendiri. Sebarang dakwaan mengatakan Royal Jelly boleh dihasilkan adalah tidak benar.

Royal Jelly adalah makanan kesihatan yang bertindak sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya bukan ubat, amat baik diamalkan sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kepada mereka yang sihat pula, ini adalah seumpama perisai tubuh anda dari serangan penyakit. Mengamalkan memakan Royal Jelly secara berterusan adalah baik dan dalam tempoh 3-4 bulan dengan izin Allah anda akan merasa hikmah nikmatnya.

Read more...

Royal Jelly


Di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang rasanya jarang kita ketahui, atau kita tidak didedahkan tentangnya, iaitu BAGAIMANA ROYAL JELLY DIHASILKAN. Umum mungkin mengetahui dan pernah mendengar tentang Royal Jelly dan mengamalkan produk penjagaan kesihatan ini atau mungkin ada yang langsung tidak mengetahui apa itu Royal Jelly.

Secara ringkasnya Royal Jelly adalah barangan yang dihasilkan oleh LEBAH. Semua kita sangat mengenali MADU. Satu-satunya produk penghasilan lebah yang sangat diketahui hampir seluruh dunia kerana kehebatan kuasa perubatannya. Kegunaan madu telah wujud sejak ketamadunan Parsi, Greek dan Rom. Begitu juga dalam sejarah perubatan Islam sehingga Allah mengiktiraf serangga lebah ini dan madu adalah penawar (syifa') bagi manusia untuk pelbagai jenis penyakit di dalam Surah an–Nahl (LEBAH) ayat 68 & 69.

" Dan Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah, Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung, di pokok-pokok kayu & juga di bangunan-bangunan yang didirikan manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis buah-buahan dan laluilah jalan-jalan Tuhanmu dengan mudah. Dengan itu akan keluarlah dari dalam perutnya MINUMAN (MADU) YANG BERLAINAN WARNANYA YANG MENGANDUNGI PENAWAR BAGI MANUSIA daripada BERBAGAI–BAGAI JENIS PENYAKIT, sesungguhnya pada yang demikian itu, adalah tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas akan kehebatan madu, akan tetapi kita terlupa bahawa Allah swt telah mengatakan bahawa ada DUA JENIS MADU yang terhasil, tetapi BERLAINAN WARNANYA dan salah satu lagi itulah ROYAL JELLY.

Jika madu diiktiraf sebagai penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit, Royal Jelly sebenarnya juga tidak kurang hebatnya malah lebih hebat dari madu, kerana Royal Jelly (Jeli Raja) adalah satu penghasilan dari koloni lebah yang `khas' hanya untuk makanan RATU LEBAH.

Setelah kajian makmal dilakukan ternyata Royal Jelly sungguh menakjubkan kerana kandungan (contain) di dalamnya adalah gabungan segala zat dan vitamin serta mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kandungannya hampir menyamai segala keperluan untuk tubuh manusia kekal sihat dan mampu menguatkan pertahanan tubuh menentang penyakit (meningkatkan imunisasi / antibodi).





Read more...

Dapur Vispera

Terdapat aneka resepi dan tips yang akan dikongsi bersama teman-teman disini. Selain dari itu, Dapur Vispera juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis anda mahupun untuk hidangan minum pagi atau petang dirumah sendiri.

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP