Wednesday, August 26, 2009

Royal Jelly


Di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang rasanya jarang kita ketahui, atau kita tidak didedahkan tentangnya, iaitu BAGAIMANA ROYAL JELLY DIHASILKAN. Umum mungkin mengetahui dan pernah mendengar tentang Royal Jelly dan mengamalkan produk penjagaan kesihatan ini atau mungkin ada yang langsung tidak mengetahui apa itu Royal Jelly.

Secara ringkasnya Royal Jelly adalah barangan yang dihasilkan oleh LEBAH. Semua kita sangat mengenali MADU. Satu-satunya produk penghasilan lebah yang sangat diketahui hampir seluruh dunia kerana kehebatan kuasa perubatannya. Kegunaan madu telah wujud sejak ketamadunan Parsi, Greek dan Rom. Begitu juga dalam sejarah perubatan Islam sehingga Allah mengiktiraf serangga lebah ini dan madu adalah penawar (syifa') bagi manusia untuk pelbagai jenis penyakit di dalam Surah an–Nahl (LEBAH) ayat 68 & 69.

" Dan Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah, Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung, di pokok-pokok kayu & juga di bangunan-bangunan yang didirikan manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis buah-buahan dan laluilah jalan-jalan Tuhanmu dengan mudah. Dengan itu akan keluarlah dari dalam perutnya MINUMAN (MADU) YANG BERLAINAN WARNANYA YANG MENGANDUNGI PENAWAR BAGI MANUSIA daripada BERBAGAI–BAGAI JENIS PENYAKIT, sesungguhnya pada yang demikian itu, adalah tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas akan kehebatan madu, akan tetapi kita terlupa bahawa Allah swt telah mengatakan bahawa ada DUA JENIS MADU yang terhasil, tetapi BERLAINAN WARNANYA dan salah satu lagi itulah ROYAL JELLY.

Jika madu diiktiraf sebagai penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit, Royal Jelly sebenarnya juga tidak kurang hebatnya malah lebih hebat dari madu, kerana Royal Jelly (Jeli Raja) adalah satu penghasilan dari koloni lebah yang `khas' hanya untuk makanan RATU LEBAH.

Setelah kajian makmal dilakukan ternyata Royal Jelly sungguh menakjubkan kerana kandungan (contain) di dalamnya adalah gabungan segala zat dan vitamin serta mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kandungannya hampir menyamai segala keperluan untuk tubuh manusia kekal sihat dan mampu menguatkan pertahanan tubuh menentang penyakit (meningkatkan imunisasi / antibodi).





0 comments:

Dapur Vispera

Terdapat aneka resepi dan tips yang akan dikongsi bersama teman-teman disini. Selain dari itu, Dapur Vispera juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis anda mahupun untuk hidangan minum pagi atau petang dirumah sendiri.

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP