Thursday, August 18, 2011

Aneka Tart di Aidilfitri



Di atas permintaan kawan-kawan rapat terhadap blueberry cheese tart dan juga tart shell, saya mengambil keputusan untuk membuka tempahan untuk menjelang Syawal nanti.

Tahap kesegaran
Blueberry cheesetart jika simpan di peti sejuk tahan sehingga seminggu
Tart shell jika disimpan di peti sejuka tahan sehingga 2 bulan
Kastard jika di simpan di peti sejuk dan tidak tercemar tahan sehingga 2 minggu

Tempoh tempahan
18 Ogos - 26 Ogos 2011

Tarikh Pungutan
22 Ogos - 29 Ogos 2011

Lokasi Pungutan
KLCC
KL Sentral
Jusco Maluri
LRT Maluri


Bagi pesanan luar KL akan di pos melalui POSLAJU akan tetapi kastard tidak akan dipos atas faktor kesegaran. Jangan bimbang kerana membuat kastard sangat mudah. Sila rujuk resepi.


Bagi tempahan di dalam bulan Syawal akan di buka semula pada 5 September dan Pungutan pada 9 September.








Read more...

Wednesday, August 17, 2011

Resepi Kastard



Bahan-bahan:
 
1 1/3 cawan susu rendah lemak
2 camca besar tepung kastard (bird custard)
2 camca besar gula
1 camca teh mentega
1 camca teh esen vanilla



 Cara-caranya :

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau rata dengan whisk, kemudian jerang dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan tutup periuk dengan tudungnya. Ini mengelakkan custard berkepala pada permukaanya.




Sumber - Dapur Tanpa Sempadan

Read more...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan



Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan...
Setelah setahun menyepi dari Dapur Vispera insyaAllah saya cuba luangkan sedikit masa untuk berkongsi tips mahupun resepi. Buat masa ini saya sedang mengumpulkan resepi-resepi ringkas tetapi enak untuk dikongsi bersama.

Semoga Ramadhan ini membawa rahmat dan keberkatan kepada semua.






Read more...

Dapur Vispera

Terdapat aneka resepi dan tips yang akan dikongsi bersama teman-teman disini. Selain dari itu, Dapur Vispera juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis anda mahupun untuk hidangan minum pagi atau petang dirumah sendiri.

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP