Wednesday, August 26, 2009
KEBAIKAN ROYAL JELLY ?
Royal Jelly
Monday, July 27, 2009
Yeay.. variety of mould...
Friday, July 24, 2009
First order from customer and sample to kedah
Baru jer buat cheese tart dah ada customer tempah.. Alhamdulillah...
Wednesday, July 22, 2009
Voucer Diskaun Mini Blueberry Cheese Tart
Kepada teman-teman dan pelayar siber sekalian, Dapur Vispera menawarkan 10% diskaun bagi setiap tempahan mini blueberry cheese tart. Tempah sekarang dan nikmati tawaran ini.
Read more...Mini Blueberry Cheese Tart
Kalau dulu saya sebagai seorang penggemar cheese tart pantang nampak pasti akan beli... teman sebilik pun sudah tahu kadang-kadang mereka akan tapaukan untuk saya, tapi sekarang saya dah berjaya membuatnya sendiri. Terima Kasih kepada suami yang selau memberi dorongan untuk saya mencuba sesuatu yang baru. Read more...
Saturday, June 27, 2009
Rahsia Apple Cider Vinegar
Bila sebut atau terpandang botol apple cider vinegar, pasti ingatan saya terus kepada atok saya di Singapura (Mr Zainuddin). Mengenali beliau umpama mengenal google, terdapat banyak ilmu yang beliau kongsikan kepada saya lebih-lebih lagi topik sejarah , tamadun manusia, agama (lebih dari 10 agama yang beliau ketahui), tips menjaga kesihatan dan banyak lagi. Pada mulanya saya sangat tertanya-tanya apakah kelebihan cuka ini. Selepas mencari semua artikel dari internet, barulah saya memahami kelebihan cuka ini. Bagi saya ia umpama barang yang wajib ada didapur.
Apa itu Apple Cider Vinegar (ACV)?
Ia merupakan cuka semulajadi yang diperbuat dari buah apple. The Father of Medicine, Hippocrates menggunakan cuka ini pada tahun 400B.C, beliau menggunakan ACV dan madu sebagai bahan utama.
Apakah kelebihan Apple Cider Vinegar dalam kesihatan?
Terdapat terlalu banyak khasiat cuka ini didalam kesihatan. Ia dapat membantu didalam masalah-maslah berikut:-
menurunkan berat badan
mengawal tekanan darah
masalah mulut berbau
diabetis
diarrhea
kesan penuaan
selulit
dandruft
Apakah kelebihan penggunaan cuka di dalam rumah?
Terdapat banyak kelebihan cuka dalam kehidupan seharian seperti Household Hints, Floors, Windows & Walls, Kitchen, Bathroom, Lawn/Garden, Pets, Laundry Hints, Food Preparation, Kids Stuff, Berry Ink & Quill Pens. Semuanya ada di sini.
Di mana boleh saya dapati ACV?
Apple Cider Vinegar boleh didapati disemua pasaraya dan farmasi.
Jenama apa yang terbaik?
Untuk Apple Cider Vinegar saya lebih suka yang organik tidak kiralah jenama apa sebab rasanya lebih baik dari yang biasa. Yang biasa lebih tajam berbanding yang organik.
Sunday, June 21, 2009
Senarai Harga
Senarai harga
Fruit Tart (2 jenis buah) - 0.80 per pcs
Fruit Tart (3 jenis buah) - 0.90 per pcs
Egg Tart - 0.60 per pcs
Bluberry Cheese Tart - 0.65 per pcs
Strawberry Cheese Tart - 0.65 per pcs
Kiwi Cheese Tart - 0.65 per pcs
Jumlah minimum setiap tempahan 30 pcs
***********************************************
Karipap Pusing Frozen
1 pek = 10pcs
Karipap Ayam - RM5.00 satu pek
Karipap Daging - RM5.00 satu pek
Salam Perkenalan
Selamat datang ke Dapur Vispera. Selain dari minat menjahit saya juga minat ke dapur. Mula membantu mama, nenek dan auntie pada usia seawal 5 tahun tetapi hanya diberi kepercayaan sepenuhnya pada usia 10tahun.
Masih ingat lagi kenangan membantu nenek mengisi jem pada tart nenas dan juga menerap kuih bangkit dan biskut kacang pada setiap bulan ramadan. Tapi sekarang nenek sudah ada pembantu untuk membuat semua persiapan hari raya iaitu my lovely Cik Seri.
Seawal usia 10 tahun, mama telah memberi kepercayaan untuk saya menyediakan hidangan tengahari mahupun malam, kerana mama dan ayah bekerja tinggal lah saya menjaga adik-adik. Masak simple saje masa tu, goreng telur, ayam atau ikan dan sayur.
Selepas melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti saya tidak berpeluang lagi untuk mencuba resepi-resepi baru. Hanya dengan melayari website seperti fotopages, my resepi dan blogspot untuk melepaskan rasa rindu untuk ke dapur.
Kini setelah berkahwin, masanya sudah tiba untuk saya mencuba semua resepi-resepi baru untuk hidangan suami, keluarga dan teman-teman. Hasil dorongan dari suami , keluarga dan teman-teman jugalah terbitnya blog ini.