Saturday, June 27, 2009

Rahsia Apple Cider Vinegar


Bila sebut atau terpandang botol apple cider vinegar, pasti ingatan saya terus kepada atok saya di Singapura (Mr Zainuddin). Mengenali beliau umpama mengenal google, terdapat banyak ilmu yang beliau kongsikan kepada saya lebih-lebih lagi topik sejarah , tamadun manusia, agama (lebih dari 10 agama yang beliau ketahui), tips menjaga kesihatan dan banyak lagi. Pada mulanya saya sangat tertanya-tanya apakah kelebihan cuka ini. Selepas mencari semua artikel dari internet, barulah saya memahami kelebihan cuka ini. Bagi saya ia umpama barang yang wajib ada didapur.

Apa itu Apple Cider Vinegar (ACV)?
Ia merupakan cuka semulajadi yang diperbuat dari buah apple. The Father of Medicine, Hippocrates menggunakan cuka ini pada tahun 400B.C, beliau menggunakan ACV dan madu sebagai bahan utama.

Apakah kelebihan Apple Cider Vinegar dalam kesihatan?
Terdapat terlalu banyak khasiat cuka ini didalam kesihatan. Ia dapat membantu didalam masalah-maslah berikut:-
menurunkan berat badan
mengawal tekanan darah
masalah mulut berbau
diabetis
diarrhea
kesan penuaan
selulit
dandruft

Apakah kelebihan penggunaan cuka di dalam rumah?
Terdapat banyak kelebihan cuka dalam kehidupan seharian seperti Household Hints, Floors, Windows & Walls, Kitchen, Bathroom, Lawn/Garden, Pets, Laundry Hints, Food Preparation, Kids Stuff, Berry Ink & Quill Pens. Semuanya ada di sini.

Di mana boleh saya dapati ACV?
Apple Cider Vinegar boleh didapati disemua pasaraya dan farmasi.

Jenama apa yang terbaik?
Untuk Apple Cider Vinegar saya lebih suka yang organik tidak kiralah jenama apa sebab rasanya lebih baik dari yang biasa. Yang biasa lebih tajam berbanding yang organik.

0 comments:

Dapur Vispera

Terdapat aneka resepi dan tips yang akan dikongsi bersama teman-teman disini. Selain dari itu, Dapur Vispera juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis anda mahupun untuk hidangan minum pagi atau petang dirumah sendiri.

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP