Sunday, June 21, 2009

Salam Perkenalan

Selamat datang ke Dapur Vispera. Selain dari minat menjahit saya juga minat ke dapur. Mula membantu mama, nenek dan auntie pada usia seawal 5 tahun tetapi hanya diberi kepercayaan sepenuhnya pada usia 10tahun.

Masih ingat lagi kenangan membantu nenek mengisi jem pada tart nenas dan juga menerap kuih bangkit dan biskut kacang pada setiap bulan ramadan. Tapi sekarang nenek sudah ada pembantu untuk membuat semua persiapan hari raya iaitu my lovely Cik Seri.

Seawal usia 10 tahun, mama telah memberi kepercayaan untuk saya menyediakan hidangan tengahari mahupun malam, kerana mama dan ayah bekerja tinggal lah saya menjaga adik-adik. Masak simple saje masa tu, goreng telur, ayam atau ikan dan sayur.

Selepas melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti saya tidak berpeluang lagi untuk mencuba resepi-resepi baru. Hanya dengan melayari website seperti fotopages, my resepi dan blogspot untuk melepaskan rasa rindu untuk ke dapur.

Kini setelah berkahwin, masanya sudah tiba untuk saya mencuba semua resepi-resepi baru untuk hidangan suami, keluarga dan teman-teman. Hasil dorongan dari suami , keluarga dan teman-teman jugalah terbitnya blog ini.

0 comments:

Dapur Vispera

Terdapat aneka resepi dan tips yang akan dikongsi bersama teman-teman disini. Selain dari itu, Dapur Vispera juga menerima tempahan kuih muih untuk majlis anda mahupun untuk hidangan minum pagi atau petang dirumah sendiri.

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP